Wednesday, March 9, 2011

Rahsia adalah satu daripada Amanah

Bismillah..
Selawat dan Salam keatas penghulu kita Nabi Muhammad SAW, juga kepada keluarga dan sahabat baginda.

As Salam, apa khabar kawan kawan? Muda2han dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga Allah SWT memelihara Iman kita semua.
Tajuk pembacaan serta pembincangan kita pada petang ni, adalah Amanah.
Hari ni dua orang kawan saya bercerita hal peribadi kepada saya, meluahkan perasaan beliau disamping mengajak berkongsi buah fikiran dengan saya. Dan pada akhir perbualan kami, beliau meminta supaya apa yang diceritakan dirahsiakan. Ya Allah. Dua lagi amanah yang harus aku jaga. Ya, Rahsia juga adalah salah satu amanah yang dipertanggungjawabkan oleh orang kepada orang yang beliau percayai. Kerana mungkin juga amanah tersebut boleh meng-aibkan diri seseorang itu.Aku bersyukur kerana Allah mengurniakan kepercayaan orang kepada diriku, mungkin ada hikmahnya.iAllah, sebaik mugkin akan saya jaga.

Saya dan anda mungkin boleh menjadi seorang pendengar yang baik dan mungkin juga seorang sahabat yang dapat membimbing kawan kawan kita yang berada dalam kesdihan, iAllah. Tetapi alangkah lebih baik jika mereka mencari dan mengadu kepada Allah SWT terlebih dahulu tentang apa sahaja dugaan yang mereka sedang alami, inilah yang saya cuba sampaikan kepada kawan kawan saya sebelum mereka mula beremosi bercerita panjang lebar. Dan perkara sebegini jugalah yang berlaku pada saya dan mungkin kawan kawan luar, kita lupa kepada Allah SWT bahkan mencari manusia sebagai tempat mengadu, seolah olah manusia punyai kuasa untuk menolong orang dalam kesusahan, pesanan buat aku dan kawan kawan ku, jangan lupa akan kalimah Hauqalah iaitu," LA HAULA WALA QUWWATAILLA BILLAH ".

Saban hari tanggungjawab saya semakin berat, saya semakin matang, semakin ramai kenalan, Alhamdulillah.
Tetapi juga semakin nakal. Nakal dalam maksud saya ialah saya semakin mahu di manjakan oleh kawan kawan sekuliah saya. Kadang2 timbul rasa cemburu bila mereka sibuk dan tidak memperdulikan kerenah saya, aduhai, sudah macam budak budak. Tapi ni lah perasaan seorang anak sulung :p
 Bila di rumah saya lah kakak, bila di hostel saya la adik bongsu :P suka suka suka :))

Mari saya mahu share diantara doa dalam Al Quran iaitu Doa Memohon Keringanan daripada beban yang diberikan Allah : “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan ke atas kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan ke atas orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami menghadapi kaum kafir.” (al-Baqarah: 286)
 
Kawan kawan, syukran jazilan kerana menyokong saya :) As Salam..


No comments:

Post a Comment