Thursday, March 17, 2011

baby comel :)

Act..takde motif ape pun nak tulis pasal title ni...tapi saje nak share perasaan pelik yg sedang saya alami..erm, macam ni...Bila saya pandang baby or budak budak saya rasa perasaan yg pelik...pelik cmne?? haa tu yg akak tak tau nak describe tu..hehehe.. :P
Mungkin bila umur sudah masuk 'puluhan' perasaan ni normal.. :P
 ( i dunno if that a fact or auta..ngee)
saya mula bertanya diri sendiri,teringin ke? Ya Allah, bila difikirkan akal yang daif ni teringin sangat, tapi bila difikirkan logik, saya tahu lmbat lagi..sebab calon pun tak de :)  tapi yang best tu tak tahu sampai bila..hanya Allah yang Maha Mengetahui .:winkwink:.

 Kejadian di Terminal One Seremban.
here the story goes....
hari selasa lepas roomate ajak g makan piza..teringin gak la..lgpun duet ptptn da masuk..ape lagi...masa ni la nak merasa :P hihi
then... lepas solat zohor kat terminal tu kitaorg g makan piza...pastu g window shopping..tngok jam da masuk asar..okok jom kita menunaikan solat asar dulu sebelum balik...
masa dalam surau terminal one tu ade la seorang makcik ni..ade anak dua orang..seorang perempuan umur..i think 12 years old..and baby lelaki..dalam 2 tahun cmtu la..tak dpat nk mengagak..tapi dah boleh jalan sikit2 da..then kan bila ibu baby ni g amek wuduk dia nanges kuat kuat...saya hanya jadi observer...kakak tu pun try la pujuk adik dia tu...tapi tak nak gak..asyik nanges je...manja btul baby  ngan ibu dia..tak ley berjauhan sekejap pn...huhu...
saya pun just tengok je..pastu cam wat muka kelakar..( saya rsa kelakar la tapi tak tahu lak klau baby tu rasa itu menakutkan...sebab tak benti nanges gak :P ) baby tu bangun nanges berlari nak g kat ibu dia kat luar, tapi tak sempat sebab da jtuh.. saya pun terkejut..cepat cepat agkat baby tu...jeng jeng jeng....huhuhuk
 u know what i feel...saya rasa tulang baby tu dekat ngan hati saya..rasa terpana memeluk baby tu..dekat sangat dengan hati ni,..baby tu pun suddenly terdiam gak..semua orang terkejut...kawan kawan ckap..fuyoo..haha...i dunno..itu yang saya rasa...dekat di hati....
 Ya Allah Engkau Maha Mengetahui...aku rindukan si dia..yang masih menjadi rahsia Allah..tenangkan hati ni Ya Allah..sabarkan hati ni Ya Allah..Aminn..
wahu a'lam..

Wednesday, March 9, 2011

Rahsia adalah satu daripada Amanah

Bismillah..
Selawat dan Salam keatas penghulu kita Nabi Muhammad SAW, juga kepada keluarga dan sahabat baginda.

As Salam, apa khabar kawan kawan? Muda2han dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga Allah SWT memelihara Iman kita semua.
Tajuk pembacaan serta pembincangan kita pada petang ni, adalah Amanah.
Hari ni dua orang kawan saya bercerita hal peribadi kepada saya, meluahkan perasaan beliau disamping mengajak berkongsi buah fikiran dengan saya. Dan pada akhir perbualan kami, beliau meminta supaya apa yang diceritakan dirahsiakan. Ya Allah. Dua lagi amanah yang harus aku jaga. Ya, Rahsia juga adalah salah satu amanah yang dipertanggungjawabkan oleh orang kepada orang yang beliau percayai. Kerana mungkin juga amanah tersebut boleh meng-aibkan diri seseorang itu.Aku bersyukur kerana Allah mengurniakan kepercayaan orang kepada diriku, mungkin ada hikmahnya.iAllah, sebaik mugkin akan saya jaga.

Saya dan anda mungkin boleh menjadi seorang pendengar yang baik dan mungkin juga seorang sahabat yang dapat membimbing kawan kawan kita yang berada dalam kesdihan, iAllah. Tetapi alangkah lebih baik jika mereka mencari dan mengadu kepada Allah SWT terlebih dahulu tentang apa sahaja dugaan yang mereka sedang alami, inilah yang saya cuba sampaikan kepada kawan kawan saya sebelum mereka mula beremosi bercerita panjang lebar. Dan perkara sebegini jugalah yang berlaku pada saya dan mungkin kawan kawan luar, kita lupa kepada Allah SWT bahkan mencari manusia sebagai tempat mengadu, seolah olah manusia punyai kuasa untuk menolong orang dalam kesusahan, pesanan buat aku dan kawan kawan ku, jangan lupa akan kalimah Hauqalah iaitu," LA HAULA WALA QUWWATAILLA BILLAH ".

Saban hari tanggungjawab saya semakin berat, saya semakin matang, semakin ramai kenalan, Alhamdulillah.
Tetapi juga semakin nakal. Nakal dalam maksud saya ialah saya semakin mahu di manjakan oleh kawan kawan sekuliah saya. Kadang2 timbul rasa cemburu bila mereka sibuk dan tidak memperdulikan kerenah saya, aduhai, sudah macam budak budak. Tapi ni lah perasaan seorang anak sulung :p
 Bila di rumah saya lah kakak, bila di hostel saya la adik bongsu :P suka suka suka :))

Mari saya mahu share diantara doa dalam Al Quran iaitu Doa Memohon Keringanan daripada beban yang diberikan Allah : “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan ke atas kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan ke atas orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami menghadapi kaum kafir.” (al-Baqarah: 286)
 
Kawan kawan, syukran jazilan kerana menyokong saya :) As Salam..


Sunday, March 6, 2011

nama ku bermaksud keharumanku :)

Bismillah..
As salam kawan kawan ! :)
Saya nak kenal kan diri saya sebagai syaza :)
Saya sudah lma berniat nak sign up blog, baru tahun ni saya berjaya ada blog cndri.
So saya rasa tak terlambat untuk saya meng-alu alukan blogger dan kawan kawan yang sudi melawat blog 'Keramatsebuahhati' dan berharap agar kawan kawan tidak serik untuk membaca post saya :)
Disamping melawat blog saya ni, saya juga berharap dpat menyediakan bahan bacaan yang berbentuk ilmiah agar setiap lawatan kawan kawan ke blog saya ini tidak hanya membaca tetapi dapat berkongsi ilmu dan buah fikiran agar kita sama sama berdakwah unutk meng-islahkan diri sendiri dan mengajak orang sekeliling kita untuk meng-islahkan diri mereka mengikuti cara Rasulullah SAW, Sesungguhnya hanya cara Rasulullah SAW yang membawa kejayaan. iAllah.

Saya minat membaca buku, dan tujuan saya membuat blog hanya untuk mengingatkan kembali ( update ) bahan bacaan yang saya baca disamping dapat share pengalaman,opinion tentang apa apa je ilmu yang saya baca dan pelajari dengan kawan kawan.iAllah.
Saya juga berharap agar kawan kawan juga dapat berkongsi ilmu dengan saya, kawan kawan pernah dengar tak,  Rasulullah SAW pernah bersabda, " Sebaik baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain " (HR.Bukhari)

Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :
 " Barangsiapa mahukan dunia maka dengan ilmu, barangsiapa mahukan akhirat dengan ilmu, barangsiapa mahukan kedua duanya  maka dengan ilmu " 

Kawan kawan, saya sekarang sedang mrengambil diploma dalam bidang farmasi, Doakan kejayaan saya. Muda2han kita semua berjaya didunia dan berbahagia diakhirat. Aminn.
klau ade masalah tentang ubat ubatan boleh juga tanya dengan saya, tapi belum abis belajar lagi.., klau masalah ubat yang saya boleh jawab saya akan kongsi.iAllah :)
Saya rasa sampai sini je mukadamimah tetang diri saya. iAllah saya akan cuba berkongsi ilmu yang dapat meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah SWT , iAllah. as salam.:WINK WINK:.